Detik
waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan .Nyaring berkumandang
menghiasi telinga si IBU. Merakah tersenyum hatinya gembira penawar sakit dan
lesu serta berjuang dengan Maut. Lalu mulailah sebuah kehidupan yang baru
didunia dengan sebuat resiko pahit dan kejamnya kehidupan ini, bercucurkan
darah dan tetes air mata.
Air
mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih Kekecewaan yang
menhimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama
air kotor diperlimpahan. Namun setetes air mata kerana takut kepada ALLAH
persis permata indahnya gemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru.
Penghuni
Syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata Demi ALLAH dan Rasulnya
bukan semata karena harta dan kedudukan.
Pencinta dunia menangis kerana dunia
yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana
dunia yang datang.
Alangkah sempitnya kuburku, keluh
seorang batil, Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia).
Dari mata yang mengitai setiap kemewahan
yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup
merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf
mengharap kemenangan, serta rindu akan RasulNya.
“Penghuni Syurga itulah orang-orang yang
menang.” (al- Hasr: 20)
Tangis adalah basahan hidup,justru:Hidup
dimulakan dengan tangis, Dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.Manusia
sentiasa dalam dua tangisan. Sabda Rasulullah s.a.w. “Ada dua titisan yang
ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang
jatuh kerana takutkan ALLAH.”
Nabi Muhammad bersabda lagi : “Tangisan
seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali.”
Oleh karena itu berhati-hatilah dalam tangisan,
kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada
tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya.
Seorang pendosa yang menangis kerana
dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana
kelak ia akan bertakhta.
Nabi bersabda : “Kejahatan yang diiringi
oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa
takbur.”
Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan
kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa
seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.
Nabi Muhammad bersabda : “Jika kamu tahu
apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.”
Seorang Hukama pernah bersyair : “Aku
heran dan terperanjat, melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan
menyusahkan,lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.”
Salafussoleh menangis walaupun banyak
beramal,takut-takut tidak Diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar diri
kosong daripada amalan.
Lupakah kita
Nabi pernah bersabda : “Siapa yang
berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.”
Kita gembira jika apa yang kita idamkan
tercapai. Kita menangis kalau Yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut
ria, kedukaan menjemput duka.
Namun,Allah s.a.w. telah berfirman : ”
Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi
pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui
sedangkan kamu tidak mengetahui.” (AL BAQARAH : 216)
Bukankah Nabi pernah bersabda: “Neraka
dipagari nikmat, syurga dipagari bala.”
Menangislah wahai diri, agar senyumanmu
banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dihizab kanan atau
hizab kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa
malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi
Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam
yang menangis bertaubat,
maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menangislah
seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata:
“Kalau semua masuk ke dalam syurga
kecuali seorang, aku takut akulah orangitu.”
Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim
apabila ditanya : “Kenapa engkau menangis?” “Aku tidak mempunyai anak lagi
untuk saya kirimkan ke medan Perang,” jawabnya.
Menangislah sebagaimana Ghazwan yang
tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke
langit seumur hidup,lalu berkata : “Sesungguhnya engkau mencari kesusahan
dengan pandangan itu.”
Ibnu Masud r.a.berkata : “Seorang yang
mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu
siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang
gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain
berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang
mengerti al Quran itu tenang,lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras,
kejam, lalai, bersuara keras dan marah.
Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia
tidak berhibur : “Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang
kami,kubur di hadapan kami,kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan
perhentian kami ialah ALLAH.”
Menangislah di sini, sebelum menangis di
sana!!!.............
Wallahu a’lam…
0 komentar:
Posting Komentar